02 August 2016

4 GAMBAR - ANA DAHLIA SELAMAT BERTUNANG DENGAN ANAK JUREY LATIFF



Pelakon Ana Dahlia tidak lama lagi bakal mengakhiri zaman jandanya setelah selamat mengikat tali pertunangan dengan anak pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli iaitu Mohd Ashraf Jurey Latif. Tunangannya itu merupakan duda anak dua.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan di kampung halaman keluarga Ana di Taiping, Perak, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak.

Menurut Ana, majlis pertunangan itu dilangsungkan pada saat akhir, namun tetap berjalan lancar.





"Asalnya hendak diadakan acara merisik sahaja. Tetapi, tiba-tiba ia bertukar menjadi majlis bertunang.

"Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat.

"Persiapan pun dibuat serta-merta termasuk mencari pelamin, katering dan kanopi. Malah pereka fesyen Ari Wedding Couture juga bersedia untuk menyiapkan pakaian bertunang pada minit akhir.



"Majlis berlangsung dengan gaya sederhana. Hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai tunangnya, Ana memberitahu dia mula mengenali Ashraf sejak setahun lalu. Produksi milik Jurey Latiff menjadi saksi yang memutik bibit perkenalan seterusnya percintaan mereka.

Kedua-duanya berusia awal 30-an. Ashraf sebelum ini pernah berjinak-jinak dalam dunia pengarahan mengikuti jejak bapanya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Bagaimanapun dia turut memberi tumpuan kepada kerja penyuntingan sebelum kembali mengarah kini. Pasangan ini merancang untuk menamatkan zaman solo sama ada pada hujung Ogos atau awal September ini.

"Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan dapat anak segera tak lama lagi.

"Cuma setakat ini belum ada tarikh tepat kami akan berkahwin kerana bakal suami dan bapanya sibuk dengan kerja mengarah. Saya kini pun berehat daripada lakonan dan dapat memberi tumpuan penuh untuk kerja persiapan kahwin," jelasnya.




Sumber: Berita Harian & Mangga Online



         ________________________





No comments: