31 August 2016

NAMA ANAK - GJIE 6IXTH DAPAT ILHAM DARI MEKAH



Cahaya mata sulung perempuan gitaris kumpulan 6ixth sense, Gjie dan isterinya, Farah Nabila Selamat atau Bella, yang dilahirkan pada 21 Jun lalu iaitu sehari sebelum pemuzik terbabit menunaikan ibadat umrah, sempena Ramadan, telah dinamakan dengan Aisya Medina.

Kata Gjie atau nama sebenarnya Mohd Faiz Azizi Arlis, beliau mendapat ilham nama berkenaan ketika berada di Tanah Suci Makkah.

"Aisya dipilih bersempena nama isteri Rasulullah, Siti Aisyah, manakala Medina pula ilham daripada nama Madinah yang menjadi kota kesayangan Nabi Muhammad.





"Asalnya kami mahu memberikan nama Raisya Malaika kepadanya. Begitupun, nama itu seperti tidak sesuai dengannya kerana dia asyik menangis. Lagaknya macam dalam cerita Ahmad Albab yang selalu menangis pada waktu kecil. Tetapi, selepas diberikan nama Aisya, dia sudah tidak menangis lagi. Alhamdulillah," ujar Gjie dipetik sebagai berkata.

Bercerita mengenai pengalaman bergelar bapa buat kali pertama, Gjie yang turut bergelar pemain gitar Akim & The Majistret mengakui ia bukan perkara yang mudah.

"Maklumlah, saya dan isteri memang kosong pengalaman dan pengetahuan dalam hal berkaitan keibubapaan serta penjagaan anak. Memang kerja pun jadi tunggang terbalik.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Namun begitu, ia tetap menjadi pengalaman menyeronokkan buat kami. Ketika ini, saya dan isteri bergilir-gilir menjaganya. Lagipun isteri masih bercuti dan hanya akan mula bekerja pada bulan depan," katanya.

Menyentuh kerjaya seni, Gjie memberitahu, kumpulan 6ixth Sense diharap dapat tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi, manakala Akim & The Majistret pula sedang giat mempromosikan single berjudul Lyco Phobia.

"Jika mengikut perancangan, memang kami ingin muncul dengan single baharu 6ixth Sense, tahun ini. Begitupun Adi selaku vokalis juga sedang merancang untuk tampil dengan projek band istimewanya, Manusia Putih.

"Kami pula jika boleh cuba mengelak daripada berlakunya dua projek yang bertindan. Jadi, kita lihat dulu keadaannya," tuturnya.







         ________________________





No comments: