31 August 2016

"SAYA TERTEKAN & RASA SEDIH KETIKA BERPANTANG" - RAJA FARAH



Sepanjang menjalani tempoh berpantang sejak bersalin pada 10 Ogos lalu, pelakon dan pengacara, Raja Farah, 27,mengakui dirinya sedikit tertekan.

Ini kerana kata Raja Farah, selain perlu berpantang secara tradisional, dia juga risau dengan keadaan anaknya, Imran Iskandar, yang mengalami penyakit kuning dan kencing kotor.

"Memang fikiran saya kurang stabil kerana asyik tertekan dengan pelbagai perkara. Pada minggu pertama, saya baik-baik saja. Namun apabila masuk minggu kedua, setiap Maghrib saya akan bersedih.





"Sudahlah saya perlu berehat di katil, anak pula sakit. Melihat doktor mengambil darah anak pun membuatkan hati saya berasa sayu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun kata Raja Farah, dia tetap melalui saat indah sejak Imran hadir ke dalam hidupnya. Malah, dia teruja melihat perkembangan si kecil selain melalui pengalaman baharu berjaga pada waktu malam bagi menyusukan permata hatinya.

"Alhamdulillah, walaupun masih belajar membiasakan diri dengan rutin baharu, saya bersyukur dengan nikmat diberikan Allah. Bermula dengan proses kehamilan sehinggalah melahirkan dan sekarang berpantang, semuanya dipermudahkan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Suami dan keluarga juga banyak membantu. Cuma biasalah, kali pertama menjadi ibu, perasaannya agak berbeza. Saya sendiri pun semakin sensitif. Bayangkan, anak senyum pun membuatkan saya menangis kerana gembira," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farah dan suaminya, Iskandar Ismail, baru saja membuka restoran Ayam Baek di pusat beli-belah SACC, Shah Alam.

Farah juga bakal kembali mengacara program Assalamualaikum siaran TV AlHijrah pada Oktober depan.




Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: