24 August 2016

PEGANG JANJI - NAZIM OTHMAN ELAK SENTUH, PELUK BUKAN MAHRAM



Kini giliran pelakon Nazim Othman, 32, pula elak bersentuhan dan berpelukkan sebagaimana yang dilakukan oleh Saharul Ridzwan dan Izzue Islam yang juga enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Kata Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, dia cuba untuk mempraktikkan perkara itu bukan sahaja dalam kerjaya lakonan, malah dalam aktiviti kehidupan sehariannya.

"Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja.





"Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga. Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah pelakon 'Teruna Kimchi' itu juga, keputusan tersebut terdorong selepas mengalami ketumbuhan otak pada Mac 2015.

"Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________




Sumber: mStar


         ________________________





No comments: