22 August 2016

TAKZIAH - BAPA IR RADZI KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Allahyarham dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) dan keadaannya dalam keadaan tenat pada hari ini (Ahad) sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," kata Aszuad Zakaria iaitu pengurus kepada penyanyi, Ir Radzi.

Difahamkan, bapa Ir Radzi meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang semalam akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut pengurusnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarganya di Institut Jantung Negara, Kuching Sarawak.





Dalam pada itu, pengurusnya berkata, Ir Radzi yang sepatutnya pulang ke kampung halamannya untuk melawat bapanya pada Ahad bergegas pulang ke Kuching selepas mendapat panggilan daripada keluarganya pada petang Sabtu.

"Ketika dimaklumkan mengenai bapanya dimasukkan ke hospital, Ir sedang mengadakan persembahan program bersama Suria FM di Putrajaya dan bergegas pulang ke kampung pada pukul 9 malam. Bagaimanapun ketika tiba di hospital bapanya telah pun berada dalam keadaan koma," jelasnya.

Sementara itu, kata pengurusnya lagi, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga Ir Radzi terlebih dahulu untuk solat jenazah dan memberi laluan kepada saudara dan rakan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Petra Jaya, Kuching pada pagi ini.






Sumber: mStar


         ________________________





No comments: