22 August 2016

AL-FATIHAH - BAPA AZHAN RANI MENINGGAL DUNIA



Menerusi laman Instagram pelakon Azhan Rani, beliau memaklumkan bahawa bapa tercintanya, Abdul Rani Sabri, 71, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.20 pagi semalam di kediaman mereka. Jenazah bapanya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Zuhur.

"Tanggal 21 ogos 2016 bersamaan 18 zulkaedah 1437.. abah saya ABDUL RANI BIN SABRI (71) telah pergi menemui penciptaNya..

"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7:20 pagi dirumah kami dan jenazah beliau selamat dikebumikan selepas zuhur pada hari yang sama...





"Saya mewakili ahli keluarga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tak terhingga kepada semua yang menziarahi jenazah arwah juga buat yang mengirimkan pesanan juga doa dari jauh..

"Ampun maaf juga daripada kami andai ada kekurangan dan tak dapat melayan semua dengan sempurna.. buat yang tak putus menghantar teks ataupun menghubungi saya maaf andai lambat membalas pesanan atau ada yang tak mampu saya balas apalagi menjawab panggilan.. maaf keadaan tak mengizinkan..

"Apapun doa dan kata-kata semangat anda semua amat saya hargai.. semoga kita semua sejahtera dalam lindungan Allah SWT.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Buat yang mengenali abah saya, andai ada salah dan silap arwah sepanjang hayatnya mohon dimaafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki.. andai ada hutang dan apa jua yang berkaitan dengan arwah kiranya ada boleh lah berhubung dengan saya atau ahli keluarga saya..

"Abah... terima kasih untuk segala-galanya.. tenanglah di sana.. kami akan menyusul juga nanti.. Moga Allah memberkati abah dan ditempatkan bersama orang yang beriman.. Al Fatihah," luah Azhan di laman IGnya.

takziah kami ucapkan dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin





         ________________________





No comments: