22 August 2016

IDZHAM ISMAIL AKHIRI ZAMAN BUJANG 27 OGOS INI



Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin atau lebih mesra dipanggil Bella pada 27 Ogos ini.

Difahamkan, pasangan ini mula rapat sejak setahun lalu dan tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Menurut Idzham, sudah tibanya masa dia menjadi suami setelah berjumpa seorang wanita yang betul-betul memahami dirinya.





"Kami saling mengenali antara satu sama lain dalam setahun lebih dan serius dalam tempoh setahun juga, kemudian selepas lima bulan kami mula merancang untuk ke fasa berumah tangga. Bakal isteri saya ada ciri-ciri pada dirinya yang saya dapat rasakan memang dialah isteri saya.

"Jadi perasaan saya, Alhamdulillah sudah bersedia. Tak nafi juga, adalah rasa gementar sikit. Jika sebelum ini hidup tanpa tanggungan dan sekarang sudah ada dia, jadi bila mana sudah berkahwin tanggungjawab itu lagi besar sebagai suami," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Katanya lagi, hanya satu resepsi sahaja akan diadakan buat kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.



"Lepas nikah kami akan adakan makan-makan kecil-kecilan dan malam itu pula terus resepsi. Jadi, untuk resepsi kami akan campurkan kedua belah pihak sebab tidak mahu terlalu lama dan banyak kali dibuat, sebab saya lebih pentingkan kewangan selepas berkahwin dan saya jemput teman rapat sahaja," katanya yang juga akan turut menjemput pihak media.

Dalam perkembangan lain, wang hantaran sebanyak RM15,000 akan diserahkan kepada bakal isteri, manakala dulang hantaran pula, lima berbalas tujuh.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Masjid Shah Alam dan pada hari yang sama majlis resepsi turut akan diadakan bertempat di Bizmilla Wedding Hall, One City, Subang.

















         ________________________





No comments: