18 September 2016

26 GAMBAR - BEKAS HOS HLIVE, SHALMA AINAA SELAMAT NIKAH



Petang semalam, bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya iaitu penyanyi baharu, Wan Imar Izzat dalam satu majlis akad nikah.

Pasangan yang menjalin percintaan ketika menuntut di London, United Kingdom (UK), empat tahun lalu itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Burhanuthen Ahmed Mustafa pada majlis tertutup di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada jam 3.45 petang.





Pada majlis itu, hos program 'Motif Viral?' itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta 13 dulang dan dibalas dengan 15 dulang kepada pihak lelaki. Bagaimanapun, jumlah hantaran dirahsiakan.

Untuk makluman anda, Wan Imar Izzat adalah anak kedua kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. Bapanya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. Wan Imar Izzat dilamar KRU Music beberapa bulan lalu dan muncul dengan single berjudul Pinggiran Syurga.



Shalma Ainaa yang memiliki jenama fesyen Shals bersyukur majlis pernikahannya selesai.

"Imar adalah lelaki yang baik dan lemah lembut. Selepas pemergian bapanya, Imar begitu kuat mengharungi ujian itu.

"Saya tidak sekuatnya, malah sikap Imar banyak menyamai arwah bapanya. Ketika saya menyertai h!Live, Imar tidak cemburu buta malah sentiasa menyokong. Saya juga sebenarnya agak rapat dan manja dengan arwah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Masih terasa kehilangan bapa mentua, Shalma teringat arwah sempat menemani mereka membeli barang hantaran di London.

"Paling mengharukan, arwah sanggup terbang ke London kerana kebetulan ada urusan kerja di negara berdekatan. Arwah sempat melihat kami bertunang," jelasnya.

Malam ini, Shalma Ainaa dan Wan Imar Izzat akan diraikan pada majlis resepsi di lokasi sama.






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar














































         ________________________





No comments: