17 September 2016

3 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA YAHAIRA LEANNE



Pejam celik... usia anak Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Yahaira Leanne sudah genap setahun pada jam 11.44 malam kelmarin (15 September)

Meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira, Lisa dan Yusry menganggap kehadiran anak perempuan mereka bukan sekadar membawa rahmat, sebaliknya mengajar masing-masing pelbagai perkara baharu sebagai ibu bapa.





Si comel yang menjadi tanda cinta Yusry dan Lisa itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

"Anak tersayang kami, Yahaira Leanne Yusry, genap setahun 11.44 malam tadi. Tarikh hari ini menjadi kegemaran saya atas banyak sebab untuk diingati dalam hati.

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah untuk rahmat dan restu istimewa yang hadir dengan kelahirannya. Saya dan suami belajar banyak versi benda baharu yang indah.



"Pada tarikh ini juga kami bagai diberi hidup semula sebagai ibu bapa. Melihat dia (Yahaira) membesar, ia fasa berbeza kami saban hari. Kami sayang kamu," kata Lisa di laman sosial Instagramnya.

Manakala Yusry pula turut menyusun ayat indah, menggambarkan keseronokan hidup mereka dengan kehadiran permata hati itu.

"Setahun lalu, jam 11.44 pm kamu (Yahaira) hadir dalam hidup kami dan mengubah segala-galanya. Kamu tidak dapat membayangkan keriangan dan keseronokan yang kami rasakan apabila melihat kamu membesar setiap hari.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Lesung pipit yang kelihatan ketika kamu senyum menjadi senyuman paling cantik saya lihat, sekalipun kamu belum ada gigi ketika itu.

"Ketawa kecil dan berdekit-dekit kamu semuanya menjadi memori indah dalam hidup saya. Sekarang, kamu sudah ada tiga batang gigi dan kami teruja menanti langkah pertama kamu untuk berjalan. Selamat hari lahir sayang. Kami sayang kamu," tulis Yusry.

Sementara itu, Lisa dan Yusry juga sejak kebelakangan ini agak terbuka untuk berkongsi wajah anak mereka di beberapa acara, termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. Sebelum itu, kedua-duanya berasakan terlalu awal untuk wajah anak mereka didedahkan kepada umum.


Sumber: Berita Harian 
Foto: Lisa Surihani IG


         ________________________





No comments: