16 September 2016

SELAMAT NIKAH - SAHARUL RIDZWAN KINI SUAMI DEENA EMIR



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... pelakon Saharul Ridzwan, 27, kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu menyaksikan Deena Emir menerima mas kahwin berjumlah RM300.





Dalam pada itu, Saharul turut meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan lancar.

"Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab idan amanah ni dengan sebaik-baiknya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang ini. Manakala bagi majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam.

Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar


































































         ________________________





No comments: