08 September 2016

AZREL ISMAIL & RUHAINIES SAH BERCINTA



"Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar," demikian kata pelakon baru yang semakin meningkat naik, Azrel Ismail, 31, yang mengakui menjalin cinta dengan pelakon, Ruhainies, 24, sejak setahun lalu.

Kata Azrel, hubungan yang terjalin itu sudah diketahui kedua-dua belah keluarga mereka dan walaupun bercinta, mereka belum memikirkan soal perkahwinan.





"Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar. Lama-kelamaan hubungan ini menjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah.

"Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini," ujarnya dipetik sebagi berkata.

"Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu," ujarnya dipetik sebagi berkata.



Sementara itu, Ruhainies yang sebelum ini menafikan dia bercinta dengan Azrel berkata, dia lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada Azrel untuk dijelaskan.

"Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu.

"Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT," jelasnya

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan bercinta selepas dilihat serasi bergandingan dalam beberapa drama selain ramai mengetahui persahabatan akrab yang terjalin sejak setahun lalu.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________













Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: