30 September 2016

"DIKUATKAN IMAN UNTUK ISTIQAMAH" - NADIYA NISAA KINI BERIMEJ BARU



"Jadi, Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba mengenakan tudung.

"Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah," kata pelakon Nadiya Nisaa, 31, yang mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya.





Bagaimanapun pada 31 Julai lalu, bayi yang dikandung Nadiya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

Akui Nadiya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berbuat demikian, namun terpaksa akur dengan kontrak kerjanya.

Sementara itu Nadiya memberitahu, perubahan itu disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang lebih gemar melihat wajah ayunya bertudung.



"Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah pelakon yang sedang menjalani penggambaran telefilem Kari Sanjana itu, pihak produksi juga tiada masalah untuk menawarkan watak bersesuaian dengan imej terbaharunya.


Sumber: Utusan Malaysia


         ________________________





No comments: