01 October 2016

"SEPATUTNYA DILAKUKAN DARI DULU LAGI" - RITA RUDAINI



Kes tuntutan edah ke atas bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, pelakon Rita Rudaini bersedia untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Rita yang menyambut baik hasrat bekas suaminya itu bagaimanapun berkata keputusan itu perlu melalui perbincangan bersama dan bukannya ditetapkan satu pihak sahaja.




"Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.

"Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.

"Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan semalam. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.



"Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?

Maksudnya, dia juga perlu bersetuju dengan jumlah tuntutan saya sebanyak RM15,000 sebelum ini," jelasnya yang menuntut jumlah tersebut bagi tuntutan edah itu.

Menurut Rita, dia sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya, namun masih menunggu jawapan balas daripada pihak Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: