Tahniah diucapkan buat penyanyi Ayda Jebat yang popular dengan lagu 'Pencuri Hati' atas kemenangannya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 yang berlangsung malam semalam apabila berjaya merangkul gelaran 'Artis Paling Popular' sekaligus menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.
Dalam majlis tersebut, Ayda yang mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah dalam kategori sama, kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.

Pelakon 'Rindu Awak 200%' itu turut menganggap kemenangan itu sebagai pembakar semangat. Ayda juga mendedikasikan kemenangan itu buat kelab peminatnya 'AJ Screamers', yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya.
"Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia," tuturnya.

Ayda yang terkenal dengan tagline 'muahciked' turut mengungguli kategori Lagu 'Paling Popular APM' menerusi lagu 'Pencuri Hati' serta 'Ikon Media Sosial'.
Sementara itu, Yuna diangkat sebagai penerima 'Anugerah Rentas Planet' atas kecemerlangan kerjaya muziknya yang merentasi pasaran antarabangsa.
Yuna mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya melalui rakaman video.

"Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan ini anugerah sangat bermakna bagi kerjaya seni saya," katanya yang tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, komposer dari Malaysia, S Atan diumumkan sebagai penerima 'Anugerah Khas APM 2016'
APM 2016 yang diadakan di The Theatre at Mediacorp, 1 Stars Avenue, Singapura itu dihoskan oleh Suhaimi Yusof dari Singapura, Desta dari Indonesia dan Sherry Alhadad dari Malaysia.


Senarai penuh pemenang APM 2016:-
Anugerah Khas APM 2016
S. Atan
Anugerah Rentas Planet
Yuna
Lagu Terbaik APM 2016
Hanya Nama-Mu : Caliph Busker
Lagu Terbaik Malaysia
Hanya Nama-Mu : Caliph Busker
Lagu Terbaik Indonesia
Dan Bernyanyilah : Musikimia
Lagu Terbaik Singapura
Bertemu Kembali : Haikal
Artis Terbaik Wanita
Raisa : Kali Kedua
Artis Terbaik Lelaki
Glenn Fredly : Perempuanku
Band Terbaik
Musikimia
Lagu Paling Popular APM
Ayda Jebat : Pencuri Hati
Artis Paling Popular APM
Ayda Jebat
Ikon Media Sosial
Ayda Jebat
Duo / Kumpulan Terbaik
Afgan & Raisa : Percayalah
Kolaborasi Terbaik Artis
Awi Rafael & Ayai : Manusia Sempurna
Kolaborasi Terbaik Lagu
Aziz Harun : Beautiful
Artis Baru Lelaki Terbaik
Rizky Febian : Kesempurnaan Cinta
Artis Baru Wanita Terbaik
Yuka Kharisma : Hati Berbisik
Artis Paling Popular Singapura
Sufie Rashid
Lagu Paling Popular Singapura
Sufie Rashid : Kisah Dua Muka
Sumber: Berita Harian & Astro Gempak
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment