04 September 2016

FFM28: 'MUNAFIK' FILEM TERBAIK NASIONAL & 'JAGAT' FILEM TERBAIK MALAYSIA



Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila filem 'Munafik' arahan Syamsul Yusof diangkat sebagai 'Filem Terbaik Nasional'.

Selain anugerah utama tersebut, filem 'Munafik' turut meraih empat anugerah lain iaitu 'Pengarah Filem Terbaik' (Syamsul Yusof), 'Penyunting Terbaik' (Syamsul Yusof), 'Pelakon Wanita Terbaik' yang dimenangi Nabila Huda dan 'Penataan Bunyi Terbaik' (Imaginex Studios) yang diperolehnya pada malam perasmian yang berlangsung pada Khamis lalu.





Kemenangan itu menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem 'Mat Moto' dan membolehkan 'Munafik' membawa pulang trofi FFM28.

Manakala, filem Tamil 'Jagat' meraih anugerah Filem Terbaik Malaysia menewaskan sembilan filem lain termasuk 'Ola Bola', 'Munafik' dan 'The Kid From The Big Apple'.

Jagat turut memenangi Pengarah Baharu Terbaik menerusi Shanjhey Kumar Perumal.

Sementara itu, 'Mat Moto' pula berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu 'Pelakon Lelaki Terbaik' yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim, 'Cerita Asal Terbaik' dan 'Pelakon Baharu Wanita Terbaik' menerusi Felisha Crossley.



Para pemenang menerima sebuah trofi yang terdapat kepingan emas 916.

FFM28 turut menyampaikan anugerah khas iaitu 'Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman' kepada Deddy M Borhan.

Selain itu, 'Anugerah Khas Juri' diberikan khas kepada tiga buah filem iaitu 'Ola Bola', 'Polis Evo' dan 'The Kid From The Big Apple'.

Majlis dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Terdahulu 11 anugerah telah disampaikan pada Malam Perasmian FFM28 di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Khamis lalu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Man Bai, Aizat dan Tomok.


Berikut adalah senarai pemenang FFM28:-

Senarai Pemenang di Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia 28:
Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik
Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat
Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Lakonlayar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)
Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto - Kami Mat Moto bukan Mat Rempit)
Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda (Munafik)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Husain (Polis Evo)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato' Ahmad Daud (Langit Cinta)
Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crosley (Mat Moto Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)
Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Sinematografi Terbaik: Harris Hue Abdullah (Polis Evo)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Deddy M. Borhan

Anugerah Khas Juri:
* Mengangkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan - Ola Bola
* Mengangkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi - Polis Evo
* Mentransformasikan nilai budaya dan merapatkan jurang generasi - The Kid From The Big Apple


Senarai Pemenang di Malam Pembukaan Festival Filem Malaysia 28:
1. Kesan Visual Khas Terbaik: Yusry Abd Halim untuk Cicakman 3
2. Pereka Kostum / Busana Terbaik: Elaine Ng, Weng Shum untuk Ola Bola
3. Penataan Seni Terbaik: Wong Jee Meng dan Nick Wong untuk Huat the Fish
4. Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios untuk Munafik
5. Skor Muzik Asal: Ong San & Alex San untuk Ola Bola
6. Lagu Tema Asal Terbaik: Zee Avi, Rendra Zawawi - Arena Cahaya untuk Ola Bola
7. Filem Animasi Pendek Terbaik: Wau Animation untuk Ejen Ali
8. Filem Pendek Terbaik: Entrophy Studios Sdn Bhd untuk RM10
9. Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Encik Mohd Noor Tagaya
10. Filem Dokumentari Terbaik: Dos Fellas Sdn Bhd untuk Boat People



         ________________________





No comments: