14 September 2016

ISU GAMBAR - IDRIS KHAN DAKWA JADI MANGSA DENGKI



Jika semalam Atikah Suhaime bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gambar yang kononnya dia melakukan aksi tak senonoh, tapi berbeza pula pendekatan yang diambil oleh Idris Khan.

Dia sebaliknya hanya meletakkan komen di Instagramnya dengan menjelaskan bahawa ada pihak yang dengkikan kejayaannya selama ini.





Tambah Idris, dia akui dalam dunia hiburan, dia tidak terlepas dengan perbuatan 'tikam belakang'. Oleh yang demikian, dia kini amat berhati-hati memilih kawan dalam dunia seni selepas dilanda kontroversi video seks dan gambar tak senonoh yang kononnya melibatkan dirinya dengan Atikah Suhaime.

Jom baca apa yang diluahkan oleh Idris:

MATA,
TIDAK PERNAH SENANG DENGAN KEJAYAAN MANUSIA,

MATA,
SELALUNYA MERAH BILA MELIHAT MANUSIA SENANG GEMBIRA.

HATI,
TAK PERNAH LEPAS DARI HASAD,

HATI,
SELALUNYA BUSUK PADA BAIK BUDINYA JASAD.

USAH KHUATIR,

BIARKAN KAKI TERUS MELANGKAH,
KEDEPAN, DENGAN GAGAH.

BIARKAN KAKI MENJADI BUKTI DIATAS SETIAP PENGANIAYAAN.
BIARKAN KAMI PERSEMBAH ERTI SEBENAR KESETIAAN PERSAHABATAN.
INGATLAH REZEKI ITU DATANG BUKAN DARI MANUSIA, TETAPI DARI YANG MAHA ESA.

ALLAH MAHA BESAR,
ALLAH MAHA PENGASIH,
ALLAH MAHA MENGETAHUI,
ALLAH MAHA BERKUASA!

JIKA HARI INI, KITA TUMBANG KERANA MULUT DAN KEDENGKIAN MANUSIA,
ESOK KITA AKAN BANGKIT & MELOMPAT TINGGI KERANA KESABARAN DAN KEBERKATAN.

INI HADIAH DAN KURNIA DARI TUHAN.

AKU SENYUM TANDA SABAR,
KERANA AKU ISLAM YANG TAK PERNAH GENTAR!



Nasihat peminat pada Atikah




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...