18 September 2016

TAHNIAH - PENYANYI RAP WARIS KINI BERGELAR BAPA



Menerusi laman Instagram penyanyi rap, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Akias yang popular dengan lagu 'Rembau Most Wanted' telah memuatnaik gambar anak sulungnya yang selamat dilahirkan pada jam 1.43 pagi semalam dan diberi nama Muddassir.

Difahamkan, isterinya Izzati Amirah Kamaruddin selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal di Tropicana Medical Centre.





"Alhamdulillah.. Muddassir Bin Muzzammil selamat dilahirkan secara normal jam 1.43am tadi..Welcome to the world,son! Terima kasih semua yang doakan anak saya," kata Waris.

Selain itu, peminat juga tidak henti-henti mengucapkan tahniah selain turut mendokan yang terbaik buat keluarga ini.



Untuk makluman, Waris yang sebelum ini mengakui teruja untuk bergelar bapa berkahwin dengan Izzati pada 1 Ogos 2015 di Surau Al- Wehdah, Taman Lestari Permai.

Tahniah diucapkan dan pastinya kehadiran insan baru di dalam keluarga Waris bakal membawa satu pengalaman baru buatnya. Apa pun, semoga keluarga ini akan terus dilimpahkan rezeki dan bahagia hingga ke Jannah.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________






         ________________________





No comments: