17 September 2016

LEPAS DIUGUT BUNUH - RUMAH REMY ISHAK KENA SERBU



Pelakon Remy Ishak menerusi twitternya telah memuatnaik gambar kediamannya yang telah menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Remy yang pernah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan itu percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.





Ketika serbuan itu, Remy atau nama sebenar­nya, Mohammad Zalimei Ishak, 34, ketika itu berada di luar kawasan. Remy berkata yang beliau berasa terkilan apabila pihak berkuasa menyer­bu rumahnya tanpa mem­perkenalkan diri sehingga memaksa dia sendiri bercakap de­ngan polis menerusi telefon untuk mendapatkan kepastian.

"Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

"Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera," katanya kepada Utusan Online.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Dalam pada itu, Remy berkata, dia dan keluarganya kini dalam keadaan cukup trauma dan panik setelah keselamatan mereka sekeluarga terganggu.

"Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan," jelasnya yang mengakui terpaksa merahsiakan lokasi dia berada kerana bimbang dengan keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin Megat Alias mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu serbuan ke atas rumah itu adalah berdasarkan maklumat awam.



Ujarnya, pihak polis me­nerima maklumat bahawa terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di rumah tersebut dan serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sebagai respon kepada maklumat berkenaan.

"Kita hanya bertindak berdasarkan maklumat yang diterima dan kami juga tidak mengetahui kediaman tersebut milik pelakon atau sesiapa pun. Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan ketika serbuan dan kita akan menyiasat lebih lanjut mengenai perkara ini," tuturnya.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh Remy selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang juga merupakan orang suruhan seorang wanita berstatus VIP. Ugutan itu dipercayai berlaku kerana keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri pantai timur walaupun ajakan itu ditolak dengan baik.


Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Remy ishak Twitter



         ________________________





No comments: