17 September 2016

FITRI AF2 SELAMAT BERGELAR SUAMI



Khabarnya, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-2, Fitri Zainal, 37, telahpun bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nurul Azman, 30, pagi semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan manakala acara resepsi pula bakal berlangsung hari ini. Kedua-dua majlis diadakan di Kuantan, Pahang.





Difahamkan, pasangan ini bertunang pada 1 Ogos tahun 2014 selepas saling mengenali sejak hampir empat tahun lalu.

Meskipun namanya tidak segah bekas bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) lain yang menghiasi industri hiburan tanah air, namun Fitri mencipta kejayaan tersendiri menerusi bidang fesyen.

Mengharapkan perkahwinan berkenaan akan berkekalan, Fitri mengaku Nadia ialah cinta pertamanya. Wanita terbabit turut berkecimpung dalam bidang fesyen.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Kami berkongsi minat yang sama iaitu dunia fesyen. Ia juga menjadi pencetus kepada hubungan rapat yang terjalin antara kami.

"Cuma, personaliti kami memang berbeza. Namun, ia menjadi melengkapi kami berdua. Dia juga sebenarnya junior saya ketika kami sama-sama menuntut di UiTM, Shah Alam," katanya yang akan berbulan madu di Eropah, seminggu selepas bernikah.

Sementara itu, Fitri mengaku dirinya lebih serasi dengan dunia fesyen berbanding nyanyian.

"Jadi, rasanya baik saja saya fokus kepada bidang yang saya lebih mahir, iaitu fesyen. Sejak setahun lebih, tumpuan saya memang terarah kepada butik fesyen Fitri Zainal di Alam Damai Cheras," ujarnya dipetik sebagai berkata.






Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: