13 September 2016

TERKINI - SAHARUL BERCINTA DENGAN DEENA 4 TAHUN



Jika sebelum ini Saharul Ridzwan menafikan sudah lama bercinta dengan bakal isterinya Qaabila Deena Emir, terkini kami telah menerima beberapa screenshot Twitter yang mendakwa sebaliknya.

Menurut pengirim dan apa yang tertera di Twitter itu, Saharul Ridzwan sebenarnya telah bercinta dengan Deena hampir empat tahun lamanya. Namun Saharul Ridzwan bijak menyembunyikan rahsia tersebut sehinggalah tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 16 September ini diumumkan olehnya.





"Kindly find attached twitter screenshot between SR dan bakal isterinya QDE, walaupun sr menafikannya tapi mereka memang pernah couple dari 2012 dan berkenalan melalui twitter. Akhirnya berkahwin juga. Congrats in advance buat mereka," ujar sumber yang menghantar email tersebut.

Untuk info, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim sebelum ini hanya mendakwa dia berkawan rapat dengan Deena hampir empat tahun, namun bukan bercinta.

"Sebenarnya saya dah kenal dia hampir empat tahun sebelum ini.

"Kami hanya berkawan rapat dan selepas itu kami membawa haluan sendiri.

"Lepas pada itu saya tak pernah jumpa dia langsung, dan kami jumpa kembali pada bulan Januari tahun ini," ujarnya dipetik sebagai berkata

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir. Moga perkahwinan mereka nanti akan berkekalan hingga hujung nyawa.

Klik gambar untuk size besar












         ________________________





No comments: