02 September 2016

TIGA ANUGERAH AWAL FFM28 UNTUK 'OLA BOLA'



Meskipun awalnya filem Ola Bola dilanda pelbagai kontroversi, namun terkini filem yang mengimbas nostalgia kegemilangan bolasepak itu akhirnya merangkul tiga anugerah awal pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).

Untuk info, perasmian tersebut berlangsung di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor, semalam.





Ola Bola yang diarahkan olah Chiu Keng Guan itu menerima 14 pencalonan dalam FFM28. Filem itu turut dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia di malam kemuncak FFM28 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu ini.

Terdahulu, tiga anugerah awal yang dimenangi Ola Bola ialah Pereka Kostum/Busana Terbaik (Elaine Ng & Went Shum), Skor Muzik Asal Terbaik (Onn San & Alex San) dan Lagu Tema Asal Terbaik (Arena Cahaya).




___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sementara itu, filem Munafik turut memenangi Penataan Bunyi Terbaik, Cicakman 3 (Kesan Visual Khas Terbaik) dan Huat The Fish (Penataan Seni Terbaik).

Manakala siri animasi Ejen Ali pula memenangi kategori Filem Animasi Pendek Terbaik (Ejen Ali), RM10 (Filem Pendek Terbaik) dan Boat People (Filem Dokumentari Terbaik).

Anugerah kemuncak pada majlis perasmian FFM28 adalah Anugerah Penggiat Belakang Tabir yang dimenangi Mohd Noor Tagaya.



Ia disampaikan Pengerusi Finas, Datuk Mohd Kushairi Abdul Talib yang juga merasmikan majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Finas, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman dan Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan hangat Datuk Hattan, Elyana, Adira, Hazama, Syamsul Yusof dan Votez.



*Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: