12 October 2016

3 GAMBAR - KHALIFA FAHREL, NAMA ANAK FAHRIN AHMAD



Fahrin Ahmad menerusi laman Instagramnya, secara rasmi memberitahu bahawa nama anak lelakinya yang lahir sama tarikh dengan isteri, Elena Hani Eleas iaitu pada 29 September lalu telah dinamakan dengan nama 'Khalifa Fahrel'.

Mengenai perkongsian wajah anaknya yang lahir di KPJ Damansara Specialist Hospital, Fahrin dan isterinya itu buat masa ini belum berhasrat mendedahkannya kepada umum.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki.











         ________________________





No comments: