21 October 2016

ALHAMDULILLAH, RAMAI ARTIS LELAKI KITA TELAH BERHIJRAH



Kebiasaannya, kita sering menumpukan perhatian pada artis wanita yang berhijrah.

Malah pelawak Saiful Apek yang pernah diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur selepas mendalami agama Islam kurang kita ambil peduli.

Terkini, giliran pelakon Zul Yahya pula mengikut jejak Saiful apabila memberi kuliah agama selepas berhijrah.





Malah melalui sebuah video yang dikongsi di Facebook, Zul dilihat berkongsi kisah sebelum dan selepas penghijrahannya hingga menarik hati ramai netizen.

"Apa yang berlaku di sekeliling kita, apabila saya berubah, saya tahu dah – apa yang berlaku di sekeliling ketika ini adalah salah kita. Salah kita sebab kita tidak bersatu di dalam agama Allah, kita tidak bersatu tentang agama Allah SWT," ujar Zul dipetik sebagai berkata.

Untuk info, antara artis lelaki lain yang telah berhijrah ialah Adam Corrie, Bob Lokman dan ramai lagi.









         ________________________





No comments: