21 October 2016

NOVEMBER DEPAN - AARON AZIZ TUNAI UMRAH BERSAMA ANAK & ISTERI



"Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami," kata Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 40, yang bakal membawa isteri dan anak-anaknya menunaikan umrah pada November depan.

Menurut Aaron, kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci bersama keluarganya itu sekaligus mempersiapkan mereka untuk ibadat haji.





"Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar," jelasnya..

Aaron yang berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 11, Dwi Ariana, 9, dan Dahlia Arissa, 5.



Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, pelakon yang popular dengan siri 'Tuan Anas Mikael' itu baharu menamatkan penggambaran drama untuk sebuah saluran televisyen di Singapura.

"Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran.

"Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya," ujar Aaron yang kini dapat disaksikan lakonannya menerusi filem aksi komedi Hong Kong, Special Female Force.


Sumber: Berita Harian
Foto: Aaron Aziz IG


         ________________________





No comments: