11 October 2016

KONGSI PENGALAMAN PAHIT DI IG - ELLY MAZLEIN BAKAL KE MAHKAMAH



Pelakon Elly Mazlein menerusi laman Instagramnya telah bercerita mengenai kisah hidupnya yang sangat pahit untuk ditelan.

Selain itu, Elly yang merupakan salah satu peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) ini juga memaklumkan bahawa beliau bakal ke Mahkamah Rendah Sepang untuk tuntutan nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia 7 bulan.





"Apa lagi la ni.. hurmmmmmm.. Ok lah.. nanti tunggu saya akan bercerita ya sepanjang mengandung selepas Berpisah, mengandung seorang diri, pergi check up drive sendiri, mengidam beli sendiri, tapi kebanyakkan abah yang belikan

"Hari nak bersalin saya drive sendiri ke hospital walaupun tanda bersalin dah ada, doktor suruh masuk hospital, bekas lelaki suruh balik dulu.. selepas bersalin malam tu terus bekas lelaki mengaku bercinta dengan fake.., seminggu saya di Hospital Naluri, nasib baik tak meroyan..

"Anak sakit kuning Bapa tak peduli.. Bapa datang melawat siap tunjuk Kat saya pakai Baju racing fake.. Nurse di Naluri yang kemas barang-barang saya..



"Dalam berpantang saya di marahi bekas lelaki sebab fake Marah kononnya saya yang menuduhnya kononnya dia punca saya Berpisah.. dalam berpantang saya sengaja di hentam hebat.. Dalam berpantang saya di ugut akan di Saman oleh fake.. dalam berpantang saya tengok fake nangis-nangis dalam tv kononnya dia di aniaya.. hurmmm manusia ini..

"Dalam berpantang saya seorang diri menjaga Sefhia yang ada masalah sakit kuning selama 1 Bulan.. dalam berpantang saya bawa anak saya ke Hospital Damansara Specialist.. Dalam berpantang saya di Hina di zalimi di kutuk.. dalam berpantang saya harung sendiri.. saya telan.. saya mamah seorang diri..



"Bila dah sihat saya keluar mencari kerja.. saya buka buku account untuk anak saya, si Bapa tak ambil peduli.. saya buatkan education plan untuk anak saya, si Bapa tak ambil peduli..

"12 hari bulan ni saya akan ke Mahkamah Rendah Sepang untuk tuntutan nafkah anak saya.. Doakan saya ya..," luah Elly di IGnya.

Kami berharap Elly tabah dengan ujian ini. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.




Sumber & foto: Elly Mazlein IG


         ________________________





No comments: