28 October 2016

"LAYANAN SAMA RATA, TIADA ISTIMEWA" - ADIRA



"Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.

"Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil," kata penyanyi Adira Suhaimi.





Biarpun usia kandungannya bakal mencecah lima bulan pada 3 November ini, Adira berkata tidak ada alasan dia mendapat sebarang keistimewaan sebaliknya layanan diberikan sama rata.

Akuinya, suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red sentiasa berlaku adil terhadap madunya.

Pada masa sama, Adira yang popular dengan lagu 'Ombak Rindu' tidak sedikit pun berasa terganggu dengan perkara itu. Cuma pada peringkat awal kehamilan, Adira lebih suka berada dalam keadaan yang tenang.



"Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising. Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.

"Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala," ujar Adira dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Adira menjelaskan dia juga melalui proses alahan yang teruk pada bulan pertama dan kedua kehamilan. Malah suaminya juga turut terkena tempias sama sehinggakan selera makannya bertambah.



"Kalau nak tahu, berat badan saya naik mendadak sehingga 14 kilogram. Kalau dahulu berat saya cuma 40 kilogram, sekarang sudah mencecah 54 kilogram.

"Apa tidaknya selera makan saya tak menentu. Boleh dikatakan sepanjang masa saya nak mengunyah saja. Kalau lewat malam sekali pun, saya tetap mengajak suami keluar makan.

"Memang perut saya tak besar, tetapi berat badan bertambah, malah ada yang tak percaya saya hamil," tuturnya.


Sumber: Harian Metro
Foto: Adira Suhaimi IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...