28 October 2016

'MONDAY COUPLE' TINGGAL KENANGAN - SONG JI HYO AKUR



Semua sedia maklum mengenai pengumuman yang dibuat oleh salah satu bintang Running Man iaitu Kang Gary pada 25 Oktober lalu.

Dalam kenyataan itu, Gary menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan program realiti popular terbitan SBS. Keputusan itu dibuat atas alasan dia mahu menumpukan pada kerjaya sebagai pemuzik.

Sehari selepas itu, Song Ji Hyo telah diminta berkongsi pandangan beliau tentang pemergian 'Pasangan Isnin' nya (Monday Couple) itu.





Menurut pelakon drama 'This Week, My Wife Is Cheating' ini, tidak banyak yang boleh dikatakannya, sebaliknya dia akur dengan keputusan Gary dan berjanji akan terus menyokong temannya itu meskipun mereka tidak lagi bergelar sebagai 'Monday Copule'.

"Tiada apa yang boleh saya katakan, tetapi saya akan terus menyokong dia sebagai rakan sekerja. Saya akan terus menyokong Gary oppa (oppa merupakan gelaran bagi lelaki sebagai kata ganti abang).

"Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini,'Monday Couple' telah berakhir. Saya harap peminat menganggapnya sebagai memori," ujarnya dipetik sebagai berkata.







         ________________________





No comments: