25 October 2016

"SAYA TAK AMBIL HATI" - ELLY MAZLEIN



Walaupun ramai yang menganggap gurauan Nabil Ahmad di Gegar Vaganza 3 (GV3) pada minggu 2 itu kasar, namun menurut penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dia hanya menganggap itu sebagai gurauan dan tidak terasa atau pun ambil hati.

"Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya. Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya," ujar Elly ketika diminta mengulas mengenai gurauan pengacara GV3 itu apabila mengeluarkan kenyataan "macam ni punya cantik pun berpisah jua," kepadanya.





Bagaimanapun gurauan itu mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan netizen termasuk lawak Nabil tidak sensitif dengan keadaan Elly yang dikatakan sedang mendapatkan semangat baru selepas bercerai. Selain itu, Nabil turut dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.

Sementara itu, Elly turut mengajak peminat untuk sama-sama nantikan persembahannya dalam konsert ketiga akan datang dengan lagu berjudul 'Perawan atau Janda'.

"Mari kita bergembira serta bergelek bersama dengan saya pada minggu hadapan dengan lagu Perawan atau Janda," katanya yang akan menyanyi lagu tersebut pada konsert minggu ketiga GV3 yang bertemakan 'Ada Bran?'.


Sumber: Astro Gempak
Foto: Elly Mazlein IG


         ________________________





No comments: