25 October 2016

NAS ADILA, MASIH MENYANYI MESKIPUN SARAT MENGANDUNG



"Saya menyanyi bukan kerana terdesak untuk cari wang, sebaliknya sebagai proses untuk memudahkan bersalin. Lagipun saya tak nak duduk diam tanpa melakukan apa-apa aktiviti," demikian jelas penyanyi Nas Adila Mohd yang masih aktif menyanyi meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

Katanya, dia mula menyanyi di sebuah restoran di Presint 5, Putrajaya, sejak pertengahan September lalu. Memang sebelum ini dia menyanyi setiap malam menghiburkan pengunjung, namun sekarang dia telah mengehadkannya.





"Doktor menjangkakan saya akan bersalin pada 23 November depan. Jadi, saya membuat keputusan untuk menyanyi sehingga hujung Oktober ini," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika membuat persembahan bersama suaminya.

Untuk info, Nas, 30, sebelum ini pernah digosipkan dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, namun berkahwin dengan Aliff Razali pada hujung 2015.

"Sepanjang mengadakan persembahan, ada yang bertanya tidakkah dia berasa penat dengan keadaannya yang kini sarat mengandung," tambahnya.



"Sebelum ini pun saya kerap terbabit anjurkan aktiviti zumba di perkarangan restoran ini dan saya memang seorang yang aktif.

"Ketika saya berehat nanti, Aliff akan terbabit dengan sebuah program terbitan RTM. Ia membuka peluang untuk penyanyi lain pula menyanyi di sini," katanya yang dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki.




Sumber: HM - Foto: Nas IG - www.myartis.com




         ________________________





No comments: