25 October 2016

SAHARUL RIDZWAN BAKAL BAWA ISTERI HONEYMOON DI MEKAH



Pelakon Saharul Ridzwan yang berkahwin pada 16 September lalu memberitahu yang dia mahu pula berbulan madu bersama isterinya, Deena Emir di Mekah pada tahun hadapan.

Kata Saharul, pengalaman bercuti berdua bersama isterinya belum dilakukannya lagi. Ini kerana bulan madu mereka sebelum ini di Singapura, Batam dan Egypt adalah atas urusan bekerja dan ditemani oleh krew-krew penggambaran dan mempunyai jadual bagi setiap lokasi yang dilawati.





"Kalau nak cakap honeymoon betul-betul secara berdua belum lagi. Saya punya target nak pergi umrah. Baru sahaja lepas kahwin baru boleh daftar sebagai mahram. Insya-Allah, kalau ada rezeki pergi Mekah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Melodi.

"Saya pergi Singapura, Batam dan Egypt (Romantika) itu adalah bercuti sambil bekerja, di mana saya terikat dengan jadual dan itu bukanlah berbulan madu sangat. Kalau bercuti berdua saya belum ada pengalaman dan belum sampai lagi," ujarnya yang akan menjadikan Mekah sebagai lokasi rasmi untuk berbulan madu bersama isteri tercinta.




Sumber: Rotikaya
Foto: Saharul Ridzwan IG & Deena Emir IG


         ________________________





No comments: