22 October 2016

TIADA TAWARAN BERLAKON - SOFI JIKAN CEBURI BIDANG PERNIAGAAN



Kekurangan tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu mendorong pelakon Sofi Jikan, 46, menceburi bidang perniagaan dengan menjual minyak silinder atau minyak hitam jenama 'Aerorev'.

Sofi menganggap rezeki yang kurang dalam bidang berkenaan mendorong dia kepada bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama keluarganya.

"Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan.





"Sekarang saya sibuk menjual minya hitam dan Insya-Allah pada 27 Oktober ini saya akan lancarkan minyak wangi Rockstar bagi lelaki dan Superstar bagi wanita pula," ujar Sofi dipetik sebagai berkata.

Kata Sofi, dia juga menganggap perjuangannya dalam bidang seni juga sudah semakin hampir ke penghujung apabila kemunculan pelakon-pelakon baharu yang lebih berbakat dan pakej yang lengkap membuatkan dia semakin sukar mendapat peluang.

"Saya sedar semakin tiada tempat dalam industri kerana kehadiran pelakon-pelakon baru yang lebih bagus dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai artis.



"Saya tidak boleh bertahan, lebih baik saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Lagi pula beberapa tahun dalam industri saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia menandakan lakonan saya tidak cukup bagus," katanya.

Sementara itu, kata Sofi lagi, pengarah filem iaitu Mamat Khalid sendiri merayu agar dia menyertai filem 'Rock Bro' terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yang bakal ditayangkan mulai 27 Oktober ini.

"Bidang lakonan saya anggap sudah saya kuburkan dalam tanah, jika ada orang yang mahu saya berlakon semula mereka perlu gali tanah itu.

"Mamat Khalid beri tawaran kerana dia sahaja yang benar-benar nampak bakat dan lakonan saya selama ini," jelasnya.


Sumber: mStar
Foto: Hlive IG & #rockbro


         ________________________





No comments: