04 October 2016

TUNAIKAN IMPIAN PEMINAT - SIKAP FASHA SANDHA DIPUJI NETIZEN



Kita semua tahu bahawa Fasha Sandha ini seorang yang berdisiplin dalam bekerja dan menghargai peminatnya. Sikap yang dimiliki Fasha merupakan salah satu kunci kejayaannya di dalam kerjayanya.

Baru-baru ini, ada seorang peminat Fasha dikatakan pengsan ketika menunggu kehadiran beliau dalam sebuah sesi beramah mesra dalam satu acara yang diadakan di Miri, Sarawak. Peminat itu hadir awal dua jam sebelum acara dimulakan dan duduk di kerusi 'hot seat'.





Menerusi ruangan komen di Instagram, kakak kepada peminat berkenaan memberitahu adiknya itu sangat meminati Fasha dan teringin sekali untuk berjumpa dengannya.

Siapa sangka komen berkenaan mendapat perhatian Fasha dan beliau bersetuju untuk berjumpa dengan peminatnya itu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Fasha turut memuat naik video beliau bertemu dengan gadis berkenaan yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan Fasha yang sanggup untuk bertemu dengannya.



"Semuanya dengan keizinan Allah. Alhamdulillah. Sempat berjumpa dengan peminat yang pengsan tadi sebelum berlepas. Syahdu melihat dia menangis, saya pun turut rasa nak menangis. I love You Miri, Insyaallah berjumpa lagi," ujar Fasha di IGnya.

Tindakan Fasha itu mendapat pujian netizen dan rata-rata menyifatkan Fasha sebagai pelakon yang berhati mulia, tidak sombong, tidak mudah lupa diri dan masih lagi menghargai peminatnya walaupun sudah popular.



KLIK LINK DIBAWAH INI UNTUK TONTON VIDEO:

VIDEO 1
VIDEO 2




         ________________________





No comments: