29 October 2016

VIDEO - JAWAPAN BIJAK ANAK ZUL YAHYA BILA DITANYA KAWAN SEKOLAH



Menerusi Instagram pelakon dan pengarah filem, Zul Yahya telah memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.

Melalui video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan 'Pepaya' ini.





Zul dilihat menghadiahkan ciuman di pipi Arissa sebagai tanda berpuas hati dengan jawapan bijak anak perempuannya itu.

Terdahulu viral sebuah video Zul Yahya berkongsi pengalaman penghijrahan dirinya dan keluarga di laman internet.

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia tidak menyangka dan terlintas di fikirannya untuk meraih populariti sebegitu.



Walau bagaimanapun, dia hanya mampu berharap perkongsian yang tidak seberapa itu mampu menjentik naluri yang mendengar untuk turut sama berubah ke arah yang lebih baik.

Perubahan yang dialami oleh Zul bukan hanya kepada pembawakan dirinya namun imejnya turut berubah yang kelihatan lebih selesa tampil berjubah dan berkopiah.

Rata-rata netizen menyokong perubahan Zul dan mendoakannya supaya terus istiqamah mencari jalan hidup lebih baik.




ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



Sumber: mynewshub
Foto & video Zul Yahya IG



         ________________________





No comments: