11 October 2016

WAK DOYOK AKUI KINI 'SOLO'



Hubungan cinta antara ikon fesyen popular Wak Doyok dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini sudah menemui noktah.

Perkara ini diakui sendiri oleh Wak Doyok yang enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka. Kata Wak Doyok, pengakuan ini juga bertujuan untuk menjaga nama kedua belah pihak supaya tiada perkara berbangkit, selain untuk mengelak sebarang spekulasi yang mungkin timbul.





"Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini. Saya berasa status yang dimuatnaik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini.

"Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan. Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami.

"Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah. Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya," jelasnya yang juga pengacara program 'Ke Korea Ke Kita'.



Wak Doyok yang kini berada di Jakarta, Indonesia bagi menjayakan sebuah program TV di sana berharap penjelasannya ini menjawab segala teka teki banyak pihak.

Semalam Wak Doyok memuatnaik status di laman Twitternya yang berbunyi 'Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita'. Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.

Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan. Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.

Terdahulu pasangan ini dikatakan telah mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu namun masing-masing tidak mengesahkan perkara itu sehingga berita perpisahan mereka.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: