15 November 2016

10 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN WIRA PARALIMPIK NEGARA, ZIYAD



Tahniah diucapkan buat pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Muhammad Ziyad Zolkefli, 26, yang telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir dengan tiga kali lafaz kira-kira pukul 9.32 malam Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan bapa Zafirah iaitu Md Nasir Abd Wahab dalam sebuah majlis pernikahan serba sederhana di kediaman perempuan di Nilai, Negeri Sembilan.





Dalam majlis nikah yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Ziyad menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta seutas gelang emas dan wang hantaran RM11,000 kepada Zafirah atau lebih mesra di sapa Fira.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah pun berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya pada Sabtu lalu dengan memilih tema Minang.

Pada 20 November ini pula akan diadakan majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Majlis di Kuala Lumpur pula menggunakan tema tradisional dan songket.



Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 November tahun lalu.

Kisah cinta pasangan ini bermula ketika mereka menuntut di kolej swasta pada 2009.

Namun perhubungan mereka hanya bertahan selama empat bulan sahaja kerana Ziyad tidak meneruskan pengajiannya di kolej itu selepas mendapat tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa.

Ternyata jodoh Ziyad dan Zafirah kuat apabila hubungan mereka kemudiannya kembali bertaut pada 2011.
















Sumber: Astro Gempak & mStar
Foto: MMO, Ziyad Zolkelfli IG, mas_atiekah, roslimsanchez & icalatorss


         ________________________





No comments: