12 November 2016

22 GAMBAR - AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN KINI PASANGAN SUAMI ISTERI



Majlis pernikahan Amyra Rosli dan Amar Baharin telah pun berakhir apabila pasangan merpati sejoli ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tepat jam 5.15 petang semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Amyra sendiri, Rosli Awang dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.





Dalam majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, Amar telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra, bagaimanapun wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Manakala dulang hantaran pula, pihak perempuan memberi tujuh dulang dibalas lima dari pihak lelaki.

Majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak itu turut menyaksikan pasangan mempelai memotong kek bertatahkan kristal Swarovski.



Difahamkan, majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam ini di lokasi sama, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.

Bagi majlis persandingan hari ini, pasangan mempelai bersepakat untuk memilih tema Black Glam, sementara majlis di Ampang pula menggunakan tema Tradisional.

Tahniah kami ucapkan!






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar



































Sumber: Berita Harian
Foto: Amar Baharin IG, Media Hiburan IG, @jomkahwin & @rizmanruzaini


         ________________________





No comments: