04 November 2016

'DISERANG SEPUPU' BEKAS SUAMI - ELLY MAZLEIN TABAH & MAAFKAN



Masih belum selesai isu penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dengan bekas suaminya, Azmi Hatta apabila muncul pula kisah baharu dimana sejak beberapa hari lepas, 'sepupu' kepada Azmi telah 'menyerang' Elly di laman sosial.

Menerusi laman Instagram Elly, dia telah memuatnaik screenshot sindiran, kecaman dan kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh seorang oleh gadis yang menggunakan nama piqamansorr.

Bukan hanya Elly, gadis berkenaan turut mengkritik netizen yang sering menunding jari ke arah Azmi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.





Tidak mahu terus menjadi mangsa, Elly juga telah membuat kenyataan balas terhadap 'sepupu' bekas suaminya itu. Elly mempersoalkan rasa tidak puas hati gadis berkenaan sedangkan beliau yang menanggung segala perit ketika bercerai dan memperjuangkan hak anaknya Putri Sara Sefhia.

"Apa lagi yang kamu tak puas hati wahai piqamansorr.. kamu masih lagi tak rasa puas apa yang dah jadi pada saya? Kamu tak puas hati lagi melihat saya menanggung derita sakit?

"Kamu tak puas hati yang Sefhia tak ada bapa???? Kamu tak puas hati lagi yang saya ibu tunggal? Kamu tak tak puas hati lagi yang saya ni janda? Kamu tak puas hati lagi yang saya ni anak yatim tak punya mama di sisi waktu saya mengharungi waktu sukar?



"Kamu tak puas hati lagi apa yang saya telan segala apa yang yang saudara kamu Azmi Hatta buat aniaya dekat saya? Kamu tak puas hati lagi Azmi Hatta cuba memalukan saya dengan membuat Akuan bersumpah?

"Kamu masih lagi tak puas hati penderitaan saya lalui sehingga ke hari ini? Kamu tak puas hati yang saya kini bermatian mencari duit untuk Anak saya Sefhia yang mash kecil yang tak berdosa tu yang terpaksaterima segala perbuatan yang tidak berhati perut?????

"Kamu tak puas hati ada orang yang menyayangi saya??? Kamu masih tak puas hati saya menumpang Kasih dari mereka-mereka yang menyayangi & menyokong saya selepas tahu Akan penderitaan saya???



"Kenapa wahai piqamansorr ??? Apa lagi??? Apa lagi wahai manusia.. jauh lagi penjalanan mu, wahai manusia.. bertabahlah, wahai manusia.. kalau kamu rasa kamu tersakit bila saudara muAzmi Hatta diperkatakan orang, habis tu saya tak punya keluarga????.

"Keluarga saya seoarang pun tidak memaki hamun seperti mana yang kamu lakukan, wahai manusia.. Tidak Mengapa wahai manusia.. saya memaafkan kamu, wahai manusia..," kata Elly kepada gadis tersebut di laman IGnya.

Meskipun dimaki hamun, Elly bagaimanapun sudah memaafkan gadis berkenaan yang masih lagi muda (berusia 22 tahun) dan belum mengenal erti kehidupan yang sebenar.









Sumber & foto: Elly Mazlein IG



         ________________________





No comments: