14 November 2016

ELLY MAZLEIN TEGUR FARA FAUZANA KERANA PERLINYA?



Gara-gara mengeluarkan kenyataan 'Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini' di 'Muzik Muzik 31' Jumaat lalu, Fara Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau telah diserang dan dicemuh habis-habisan di laman Instagram. Kenyataan Fara itu turut mendapat perhatian Elly sendiri yang turut meninggalkan komen di IGnya.

Menurut netizen, Fara sengaja menyindir Elly yang menarik diri pada minggu keempat Gegar Vaganza 3 (GV3) gara-gara terasa dengan komen Tok Ram.





Semuanya bermula apabila Fara sedang memperkenalkan barisan juri untuk Muzik Muzik 31. Antara barisan juri yang ada pada acara tersebut ialah Datuk Ramli MS sendiri yang juga merupakan juri untuk Gegar Vaganza yang menyaksikan Elly Mazlein menarik diri baru-baru ini.

Akaun Instagram Fara terus dihujani pelbagai cemuhan dan juga cacian daripada peminat Elly yang tidak berpuas hati. Malah ada yang menyatakan Fara cukup bernasib baik kerana pembatalan majlis perkahwinannya sebelum ini tidak dijadikan bahan jenaka.



Sementara itu, Elly juga turut menjadi mangsa kecaman apabila ada yang muak dengan 'drama' yang dibawanya sejak menarik diri dari Gegar Vaganza selain ada yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cepat sentap dan tidak boleh dibawa bergurau apabila Elly turut menyindir Fara dalam komen di Instagram.

Bagaimanapun, dalam muatnaik beberapa gambar terbaru, Elly dilihat seperti sudah memaafkan Fara berkenaan perkara tersebut dan ya, perbualan mengenai sikap Fara masih menjadi tajuk utama peminat tegar Elly Mazlein.

Ramai yang marah dengan tindakan Fara tersebut namun dalam masa yang sama memaki hamun pengacara tersebut kembali.









Foto: Elly Mazlein IG & Fara Fauzana IG



         ________________________





No comments: