19 November 2016

'FATIN', 'REDHA' BOLOT ANUGERAH DRAMA & FILEM TERBAIK ASK 2016



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan drama terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd berjudul 'Fatin' yang diiktiraf sebagai Drama Terbaik, manakala karya terbitan Current Pictures Sdn Bhd berjudul 'Redha' pula dinobat sebagai Filem Terbaik, Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016).





ASK2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam semalam itu dihoskan oleh Alif Satar bersama lapan lagi hos iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza, Sarimah Ibrahim, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

Pada acara itu juga turut memperlihatkan persembahan daripada Siti Elizad, Hazama, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Mark Adam dan Aizat.


Berikut adalah senarai penuh pemenang ASK2016:

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama)
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)
Jalil Hamid (Calon Syurga)

3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Majalah Tiga (Wira Beret Semerah Hati)

4. Rancangan Hiburan Terbaik
Buskestra

5. Videografi Terbaik (Drama)
Idham Mad Din (Fatin)

6. Rancangan Bual Bicara Terbaik
Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)

7. Laporan Khas Berita Terbaik
Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)

8. Rancangan Realiti Terbaik
Let's Cycle 2

9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)
Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)

10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Hushairi Husain (Polis Evo)

11. Lakon Layar Terbaik
Love Supermoon (Wan Hasliza)

12. Lakon TV (Skrip) Terbaik
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial
Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)

14. Penyunting Drama Terbaik
Izhar Masuri (Rekah)

15. Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
Maya Karin (Nota)

16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Namron (Redha)

17. Rancangan Anugerah Terbaik
Anugerah Juara Lagu 30

18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama)
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)

19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)

20. Drama Rantaian Terbaik
Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)

21. Drama Komedi Terbaik
Mak Cun 2

22. Pelakon Komedi Terbaik
Erma Fatima (Mak Cun 2)

23. Pengarah Terbaik (Filem)
Syamsul Yusof (Munafik)

24. Pengarah Terbaik (Drama)
Razaisyam Rashid (Fatin)

25. Filem Terbaik
Redha (Current Pictures Sdn Bhd)

26. Drama Terbaik
Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: