19 November 2016

TAHNIAH - SHAHROL SHIRO BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Menerusi laman instagram isteri Shahrol Shiro, Anna Danisha telah mengumumkan berita gembira dimana dirinya itu sedang hamil anak pertamanya dan kedua bagi suaminya.

"Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Terima kasih pada suami kerana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Bertambahlah kekuatan seorang wanita dengan adanya rezeki cahaya mata dan amanah dr ALLAH S.W.T”





"Semoga segalanya dipermudahkan. Doakan yang baik-baik. Ameen," kata Anna yang berkahwin dengan Shahrol pada 18 Mac lalu.

Berita gembira tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar dipermudahkan segala urusan oleh pengikut Anna di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Shahrol telah dikurniakan anak lelaki, Muhd Adam Danish hasil perkahwinannya terdahulu.




Sumber: Anna Danisha IG
Foto: Shahrol Shiro IG & Anna Danisha IG


         ________________________





No comments: