08 November 2016

GV3: "REZEKI SAYA DILUAR" - ELLY MAZLEIN ENGGAN KEMBALI BERAKSI



Semua mengetahui mengenai keputusan Elly Mazlein iaitu menarik diri daripada Gegar Vagnaza 3 (GV3). Ramai yang tidak berpuas hati dengan perkara ini dan berharap agar Elly kembali beraksi di dalam pentas GV3.

Walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja Datuk Seri Vida, namun Elly tetap dengan pendiriannya dan menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program tersebut.





Ini kerana kata Elly, dia reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni.

"Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini," jelas Elly.

Tindakan Elly tersebut bagaimanapun mendapat perhatian penaja rancangan berkenaan yang mahu menggunakan kuasa imuniti kepadanya, namun ia ditolak oleh pelakon dan penyanyi berkenaan.



Malah, pengusaha produk kecantikan terkenal itu turut menyifatkan Elly sebagai ratu dan penyeri program terbabit.

Baru-baru ini, Elly mengakui sendiri komen yang diberikan oleh Ramli MS membuatkan dirinya tersentap. Usaha Datuk Seri Vida beberapa kali untuk menarik semula Elly ke dalam program tersebut turut gagal setelah dia nekad untuk menarik diri.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: