09 November 2016

ISU ELLY MAZLEIN: "MINDA TAK MERDEKA NI, SAYA TAK LAYAN" - OGY



Meskipun dikecam gara-gara menyokong penyingkiran Elly Mazlein, pelakon dan pengarah popular Fauziah Ahmad Daud berkata yang beliau langsung tidak terjejas dengan setiap komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya, malah beliau merasa simpati kepada mereka yang terlalu 'taksub' dengan Elly dan mempertahankan penyanyi dan pelakon itu.

Beliau lebih dikenali sebagai Ogy itu mempertahankan tindakannya mengkritik Elly yang tersingkir pada minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3). Bagi Ogy, Elly bukanlah sesiapa dalam industri muzik untuk terus diberikan perhatian.





Ogy menerusi laman Instagram semalam berkata, Elly memang sepatutnya tersingkir kerana lebih banyak membuat 'drama' di pentas GV3. Berikutan itu, Ogy dihentam teruk netizen yang kebanyakannya penyokong Elly.

Menurut Ogy, sejak dia membalas pertanyaan pengikut di Instagram mengenai penyingkiran Elly di GV3, dia dihentam bertubi-tubi.

"Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah 'dramanya' semata-mata.



"Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.

"Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran," katanya.

Sementara itu, Elly ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak berkecil hati dengan gelaran 'drama queen' yang diberikan Ogy itu.

"Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air," ujar Elly.




Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: