22 November 2016

IMUNITI GV3: "JANGAN KECEWA PEMINATKU" - ELLY MAZLEIN



Kita sedia maklum bahawa penyanyi Gmie Screen telah terpilih sebagai penerima imuniti daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Seri Vida untuk beraksi ke pentas separuh akhir GV3.

Maka sebab itu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap peminat-peminatnya tidak terlalu kecewa apabila dia gagal mendapat imuniti pada suku akhir konsert tersebut.





Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, dia menghargai usaha peminat-peminatnya yang tidak pernah putus asa menyokong dan berharap dia kembali ke pentas Gegar Vaganza 3 itu semula.

"Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

"Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya," kata Elly ketika diminta mengulas tentang kekecewaan peminat yang tidak putus asa mengundi namanya di laman sosial GV dan Facebook milik Datuk Seri Vida itu sejak minggu lalu agar dia dimasukkan semula dalam pertandingan itu.



Peminat kecewa apabila Elly gagal dapat imuniti selepas mengundi sejak minggu lalu. Bagaimanapun, keputusan imuniti malam Ahad lalu memihak kepada Gmie yang pada awalnya telah diumumkan tersingkir bersama penyanyi Zur Eda.

"Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini.

"Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah," ujarnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro dan program GV3 yang banyak memberi peluang serta ruang kepadanya.


Sumber: mStar
Foto: Elly Mazlein IG & Team Elly Mazlein IG

         ________________________





No comments: