02 November 2016

ISTERI HAMIL - SAHARUL RIDZWAN AKAN KONGSIKAN BILA MASA SESUAI



Peminat Saharul Ridzwan akan terus berteka-teki mengenai status kehamilan isterinya, Qaabila Deena Amir apabila pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya akan berkongsi berita gembira tersebut sekiranya tiba masa yang sesuai nanti.

Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan berita dimana pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Deena Emir kini sedang hamil satu bulan.





"Apabila masanya sudah tiba dan bersesuaian, saya akan kongsikan berita baik dengan semua peminat serta rakan media. Buat masa sekarang, doakan perjalanan rumah tangga kami berjalan dengan lancar," ujar Saharul.

Walaupun tidak mengesahkan berita itu, dalam masa sama Saharul juga tidak menafikannya.



"Kalau saya menafikan, ia umpama saya menolak sekiranya ada rezeki daripada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan, saya memilih untuk tidak mengulas mengenai hal ini," katanya yang juga memohon supaya peminat sentiasa mendoakannya dimurahkan rezeki dalam pelbagai hal.

Berita yang tersebar mengatakan bahawa isteri kepada Saharul Ridzwan ini telah mengandung adalah menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online. Dalam ruangan tersebut, dikatakan bahawa isterinya telah pun disahkan mengandung sebulan.


Sumber: Harian Metro
Foto: Saharul Ridzwan IG & Deea Emir IG



         ________________________





No comments: