02 November 2016

SERTAI TABLIGH, ZUL HANDY BLACK TAK KISAH DIKUTUK



Pasti anda masih ingat lagi dengan penyanyi Zul Handy Black yang bersuara mirip Awie yang baru-baru ini berubah mendalami agama Islam.

Artikel terdahulu:
Terkini, Zul akhirnya tampil menjawab kutukan segelintir pihak yang mempersoalkan kerja dakwah yang dilakukannya itu tanpa kelayakan sepatutnya. Kata Zul, berdakwah tidak memerlukan kelulusan tetapi hanya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi.





"Jika diikutkan saya mula mendalami Islam sejak dua tahun lalu tetapi baru tahun ini saya bersedia berkongsi dengan umum.

"Ketika melihat jenazah bapa diturunkan ke liang lahad, saya mula terkenang apakah cukup bekalan saya untuk menghadap Ilahi nanti.

"Tanpa saya sedar, Allah ‘jentik’ hati saya dan beri hidayah supaya tidak rugikan masa berkualiti dengan-Nya," ujar Zul yang kini mula menunaikan kewajipan berdakwah dengan tidak mengira tempat.



"Tiada apa yang kami dilakukan selain memuji dan berkongsi kebesaran Allah. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk berdakwah walaupun hanya sebaris ayat.

"Selain itu, saya juga selalu memberikan tazkirah dengan mengikut ustaz jika mendapat jemputan.

"Jika Saidina Abu Bakar As Siddiq di hari pertamanya bergelar Islam sudah mengislamkan empat orang, bagaimana dengan kita yang sudah hidup berpuluh tahun dan mempunyai asas dalam Islam sejak kecil tetapi tidak bersedia untuk berdakwah?

"Bagi saya, berdakwah tidak perlu tunggu sudah lanjut usia atau untuk orang yang alim saja, tetapi letaklah keyakinan dalam diri," tambahnya.







         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...