01 November 2016

ISTERI SAHARUL RIDZWAN SAH HAMIL?



Khabarnya Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Deena Emir kini sedang hamil anak sulung mereka.

Menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, kandungan Deena baru berusia sebulan. Kiranya Deena ini bunting pelaminlah?

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.





"Dengar-dengar si Saharul bakal bergelar bapa. Eh, betul ke? Sebab cakap kawan Poklip dengan yakinnya, isteri pelakon tersebut, Deena Emir kini sedang hamil. Baru sebulan usia kandungan.

"Menurut sumber, buat masa ini, Saharul tidak mahu mengheboh-hebohkan tentang berita kehamilan tersebut. Mungkin terlalu baru. Kalau sudah usia kandungan mencecah tiga empat bulan, baru boleh cerita. Tak gitu?



"Patutlah bila Poklip tanya Saharul kalau-kalau ada berita gembira, Saharul hanya tergelak manja. Macam ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan media, cuma belum tiba waktu yang sesuai," kata Poklip di Utusan Online.

Jika benar isteri Saharul ini sudah hamil, tahniah diucapkan dan semoga ibu dan anak di dalam kandungan akan sentiasa sihat.


Sumber: Utusan
Foto: Saharul Ridzwan IG & Deena Emir IG



         ________________________





No comments: