08 November 2016

ISU ELLY MAZLEIN: OGY PULA DIKECAM LEPAS TOK RAM



Isu Elly Mazlein nampaknya semakin panas apabila pelakon Fauziah Ahmad Daud seperti mencurahkan api di dalam bara disaat ramai yang bersimpati dengan penyanyi dan pelakon itu. Ini kerana beliau yang lebih dikenali sebagai Ogy itu lantangnya menyokong penyingkiran Elly.

Sebelum ini komen Datuk Ramli MS atau Tok Ram mencetuskan kemarahan netizen apabila komennya terhadap Elly pada minggu keempat Gegar Vaganza 3 (GV3) itu mengguris hatinya sehingga Elly menarik diri daripada program tersebut.





Ogy dalam satu kenyataan di akaun Instagramnya merasakan Elly memang patut terkeluar kerana beliau tidak memberikan persembahan terbaik tetapi hanya 'berdrama' di atas pentas.

"Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta”

"So you people that don’t like me that’s your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek. End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata," tulis Ogy menerusi IGnya.



Kenyataan Ogy itu telah membuatkan netizen bertindak untuk 'menyerangnya' menerusi ruangan komen di akaun Instagram beliau kerana tidak berpuas hati.

Pelbagai pendapat yang diluahkan oleh netizen. Ada yang beranggapan komen Ogy itu terlalu 'pedas'. Mereka juga mempertikaikan bakat Ogy dalam bidang nyanyian.

Walau apapun, Elly telah pun membuat keputusan untuk menarik diri, tidak kira apa sebabnya mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Sebagai orang luar tidak perlulah kita mengkritik sehingga bergaduh sesama sendiri. Nama pun program menyanyi, siapa tahu mungkin Elly akan diumumkan masuk semula dalam program itu pada minggu akan datang.













         ________________________





No comments: