Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal tampil menafikan status yang dimuatnaik pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3), Jihan Muse yang mengatakan bahawa minggu keempat GV3 itu tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.
Ini kerana kata Emarina, status yang dimuatnaik pengacara itu tidak mewakili pihak produksi GV3.

"Malam konsert duet ini memang ada penyingkiran seperti konsert Gegar Vaganza musim-musim sebelum ini.
"Kami akui pihak produksi mendapat makluman daripada Elly untuk menarik diri dan mengikutkan keputusan Elly memang mendapat markah dibawah Siti Sarah. Semua yang berlaku itu mungkin kebetulan," ujarnya dipetik sebagai berkata.




Sumber: mStar
Foto: mStar & #gegarvaganza3
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment