17 November 2016

"JANGAN TERLALU TAKSUB SAMPAI HIDUP JADI HURU-HARA" - RAMLI MS



Juri tetap Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram ini telah menyatakan pendapatnya mengenai sesetengah peminat yang terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka di laman Instagramnya.

Menerusi status terbaru itu, Ramli MS dilihat menempelak kelompok peminat fanatik selebriti supaya jangan berterusan menghuru-harakan kehidupan sendiri disebabkan isu artis.





Katanya, kepada individu yang gemar memaki hamun dan mengata, secara sinis beliau menasihatkan mereka supaya belajar menghormati diri sendiri dahulu.

"Pada yang nak hamun, mengata, sila hormat diri sendiri. Kau masuk rumah orang sesuka hati, tetapi private rumah kau. Jangan huru-harakan kehidupan kau.

"Tiada guna saya menyekat anda kerana tidak mustahil anda buka akaun palsu lain. Adik, sudah-sudahlah menipu diri sendiri. Cepat atau lambat kau kena hadapi kenyataan dalam bentuk positif," tulisnya IG.



Baru baru ini, Ramli MS telah menjadi bahan kritikan dan juga makian kerana telah meninggalkan komen jujur sehingga membuatkan Elly Mazlein menarik diri daripada program GV3. Malah isteri Ramli MS iaitu Alyah turut menjadi mangsa peminat taksub Elly.

Berpunca daripada penarikan diri Elly itu juga, ada segelintir pengguna laman sosial yang percaya bahawa perkara tersebut hanyalah sekadar drama dan gimik lebih lebih lagi baru baru ini, Elly sendiri seakan berteka teki untuk kembali ke GV3.


Sumber: Berita Harian & Rotikaya
Foto: Ramli MS IG



         ________________________





No comments: