"Saya tak pernah demam macam ini, selalunya kalau demam tak makan ubat pun memang akan baik. Tapi demam untuk yang kali ini, dah makan ubat pun masih tak kebah-kebah malah makin teruk," kata isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman, 22, yang di tahan wad di Kedah Medical Center (KMC) Alor Star, Kedah sejak tiga hari lalu akibat suhu badannya yang terlalu tinggi iaitu mencecah 40 darjah celcius.
Menerusi entri yang dimuatnaik oleh Syaheera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman di laman Instagram, dia memberitahu 10 botol air (drip) telah dimasukkan ke dalam badan untuk meredakan demam namun suhu badannya masih mencecah 40 darjah celcius.
"Ini dah botol ke berapa dah tak ingat. Hampir 10 botol dah dan ni kali ketiga dah dicucuk sebab tangan bengkak. Dah masuk hari ketiga demam tak surut-surut. Semua level 40 ke atas. Paling rendah 38.6. Tak kebah lansung," ujarnya.
Walaupun terlantar di hospital, Syaheera sempat mengucapkan terima kasih kepada follower IGnya yang tidak henti-henti memberi semangat dan mendoakan agar dia sihat semula.
Sementara itu Fad turut memuatnaik foto isterinya bersama anak-anak dan mendoakan agar isterinya itu cepat sembuh.
Difahamkan, Fad tidak bertugas di konti radio Era FM berasama Dina Nadzir di segmen Petang Era, semalam untuk menemani isterinya di hospital.
Sumber: Astro Gempak & Syaheera Rahman IG
Foto: Fad Bocey IG & Syaheera Rahman IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment